[kl-bogel] DIMANA UMNO KUAT, DI SITU RAKYAT MEREMPAT

JOHOR BAHRU -'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul' adalah ungkapan yang bersesuaian diberikan kepada sepasang warga emas dari Kempas Baru, di sini, kerana menjalani kehidupan serba daif dan tinggal di sebuah rumah usang.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi, semalam, mendapati pasti tiada siapa menyangka ada insan masih menghuni sebuah rumah usang di kala masyarakat lain jauh mengejar arus kemodenan.

Namun, itulah penderitaan hidup yang dialami Abdul Kahar Surat, 67, atau lebih dikenali sebagai Pak Atan bersama pasangannya Aloes Mohamad, 79, jelas terpapar pada keadaan rumahnya.

Malah, pasangan berkenaan yang sudah mendiami rumah itu sejak 36 tahun lalu hanya mengharap bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan untuk membeli barang keperluan harian.

Lebih memeritkan, wang sama turut digunakan untuk membeli ikan masin dari pemborong di pasar basah Taman Dahlia sebelum dijual kepada pembeli sebagai salah satu cara meraih pendapatan.

Pak Atan berkata, kehidupan mereka bukan sahaja susah malah rumah buruk yang terletak di Lorong Lembah Satu itu merupakan satu-satunya harta dimiliki sebagai tempat berteduh dari hujan dan panas.

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana