[kl-bogel] Bersih 2.0: Kenyataan Media Presiden PKR Kecam Rejim Umno-APCO

 

KENYATAAN MEDIA : BERSIH 2.0 ADALAH KEPERLUAN; MEMANGKIN KEMATANGAN DAN KETERBUKAAN MASYARAKAT

KEADILAN amat mengesali sikap antagonisme pihak berkuasa terhadap perhimpunan aman BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 ini.

Kenyataan-kenyataan keras yang berbaur ugutan yang dibuat oleh pimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak akan memberi ruang kepada tuntutan rakyat untuk bersuara dan berhimpun.

Hakikatnya, perhimpunan BERSIH bukan menjaguhi dan menangani isu hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun semata-mata.

Persoalan pokok yang dibawa oleh perhimpunan BERSIH adalah kejujuran dan kebebasan sistem pilihanraya di negara ini, yang menjadi asas sebarang usaha untuk menambahbaik kedudukan masyarakat secara ekonomi mahupun sosial.


Sikap Barisan Nasional yang masih percaya bahawa janji-janji ekonomi yang tidak dikuatkan dengan pertanggungjawaban sosial dan integriti politik sudah memadai; akan terus menggoncang keyakinan rakyat kepada sistem kebangsaan di negara ini.

Ruang dan hak rakyat untuk memilih wakilnya secara bebas dan tanpa manipulasi adalah aspek integriti politik terpenting yang dituntut oleh rakyat mutakhir ini.

Justeru, KEADILAN menganggap perhimpunan BERSIH sebagai satu keperluan untuk memangkin keterbukaan masyarakat kita.

Perhimpuan BERSIH sebenarnya akan menguji pendokong dan penentangnya – di pihak pendokong, ia akan menguji kesepakatan mereka menuntut sistem pilihanraya yang lebih adil dan telus; pihak penentang pula perlu membuktikan kesediaan mereka untuk menjadi lebih terbuka dan bertolak ansur.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab penganjur dan peserta perhimpunan BERSIH untuk mengelak dari sebarang konfrontasi akibat dari cubaan provokasi pihak-pihak yang bertujuan mewujudkan kacau bilau.

Saya menyeru supaya penganjuran perhimpunan ini mengambil kira langkah-langkah segera yang boleh diambil oleh peserta untuk mengurangkan ketegangan jika wujud provokasi.

Peserta juga wajar mengetahui selok belok mengenai amalan berhimpun secara aman dan melengkapkan diri dengan pengetahuan keselamatan sebelum menyertai perhimpunan.

Di pihak berkuasa, saya terus berharap mereka menyambut baik tawaran penganjur untuk bekerjasama bagi menjamin perhimpunan berjalan lancar.

PDRM mestilah menjamin keselamatan peserta dan bertindak secara profesional untuk mengelakkan sebarang cubaan menimbulkan provokasi atau kekacauan oleh mana-mana pihak pun.

Perhimpunan BERSIH adalah satu mercu tanda baru dalam usaha rakyat negara ini mencapai demokrasi yang berfungsi sepenuhnya.

Tuntutan agar sistem pilihanraya menjadi lebih telus dan bebas adalah satu kehendak masyarakat yang berkekalan, maka adalah lebih baik sekiranya tuntutan ini ditangani dengan terbuka dan rasional.

Dalam konteks ini, masyarakat sudah mual dengan ugutan dan kenyataan provokasi yang dibuat terhadap penganjur perhimpunan BERSIH.

Sewajarnya kumpulan-kumpulan yang menentang perhimpunan BERSIH menghormati hak sebahagian besar rakyat negara ini yang mahu melihat perhimpunan ini berjalan dengan aman, sebagaimana hak mereka berhimpun dihormati selama ini.

Sejak penubuhannya, KEADILAN memberi komitmen sepenuhnya kepada usaha-usaha membaiki sistem pilihanraya Malaysia. Perhimpunan BERSIH adalah lambang kepada usaha tersebut.

Maka, KEADILAN akan memastikan anggota kami turun beramai-ramai menyertai ratusan ribu rakyat Malaysia yang akan berkumpul pada 9 Julai 2011.

Sebagai permulaan awal, KEADILAN akan menguji keupayaan mobilisasi jentera parti pada hari Ahad ini bersempena Konvensyen Pilihanraya Kebangsaan.

Sepanjang konvensyen tersebut, arahan agar anggota KEADILAN turun beramai-ramai akan menjadi tema utama.

Saya menyeru supaya pihak berkuasa menunjukkan sedikit keterbukaan dan prihatin dengan hak dan kebajikan rakyat.

Keputusan yang bijak adalah dengan memberi ruang agar perhimpunan BERSIH dapat berjalan dengan baik dan aman; kerana ini akan mempercepatkan proses kematangan dalam masyarakat kita untuk menangani pendapat dan pendekatan yang berbeza.

Kematangan ini adalah kunci kepada potensi masyarakat kita di hari-hari akan datang.

DR WAN AZIZAH ISMAIL
Presiden
KEADILAN

18 Jun 2011


BERSIH 2.0: CATALYST FOR A NEW AND PROGRESSIVE MALAYSIA

KEADILAN is alarmed at the blatant antagonism shown by authorities towards the peaceful BERSIH rally planned on 9 July 2011.


Strong statements bordering threats made by the highest echelon of the Home Ministry speak volume of Barisan Nasional’s zero tolerance policy towards freedom of speech and the right to assemble.

There is a much bigger and fundamental issue relating to BERSIH rally beyond the question of constitutional right for freedom of speech and the right to assemble.

At the heart of BERSIH is the most pertinent issue that will determine whether or not we can progress as a society in tandem with rakyat’s expectation.

BERSIH is about the integrity of our electoral system; the absence of which will continue to hamper any efforts to uplift our society economically and socially.

Barisan Nasional’s attitude that promises economic growth without the accompanying accountability and political integrity will continue to erode rakyat’s confidence in our national system.

The ability and right of a citizen to elect a party of his choice independently and without manipulation is central to the political integrity that the rakyat now demands loudly of any political parties in Malaysia.

Therefore, KEADILAN considers BERSIH rally as a necessity to provide the early catalyst to our society to embrace progressiveness.

BERSIH rally will be a test to its proponents and detractors – a test of resolve to gauge how important is electoral integrity for the former; and a test of tolerance and openness for the latter.

Therefore, it is incumbent upon the organiser and participants of the rally to avoid any confrontation and not to be tricked by any provocation attempts to create chaos.

I ask that the planning for the rally must take into account measures to quickly reduce tensions if there is a provocation.

The onus is also on the participants to equip themselves with adequate knowledge on crowd control and safety precautions before joining the rally.

On the part of the authorities, we continue to hope that they will reciprocate the organiser’s offer to work together to ensure a smooth and peaceful rally.

PDRM must ensure the safety of the participants first and take action professionally on any attempts to provoke or create chaos by any parties.

The BERSIH rally can be a new milestone in our country’s march towards a fully functioning democracy.

The yearning for greater accountability in our electoral system is a permanent feature of our society; so it is best to manage it with reasons and level-headedness.

In this context, our society does not need further provocative statements and threats issued at BERSIH rally organisers and participants.

It is more matured for the groups opposed to the rally to respect the right of a sizeable voice in our society to gather and express their views, just as the same right has been exercised over and over again by these few Umno-linked groups previously.

KEADILAN has committed fully to the cause of improving our electoral system since its inception.

BERSIH rally is the paragon of the cause and as such, KEADILAN will ensure our members to come in large numbers and join the expected hundreds of thousands of Malaysians in Kuala Lumpur on 9 July 2011.

For a start, KEADILAN has started to test our own mobilisation capacity this weekend in conjunction with our National Election Convention, throughout which the instruction for big mobilisation to our members will feature prominently.

I ask a similar openness and a little compassion from the authorities.

By providing the proverbial safety valve in allowing BERSIH rally to proceed peacefully, this will hasten our society’s maturity to manage differing views and opinions.

Such maturity is key to unlocking our society’s potential in future years.

DR WAN AZIZAH ISMAIL
President
KEADILAN

18 June 2011

 

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana