[kl-bogel] ANI AROPE DEDAH PEMBOHONGAN UMNO-BN

5 Rejab 1432 H | 6 Jun 2011

15 tahun yang lalu, Tan Sri  Ani Arope mengejutkan seluruh negara dengan tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TNB, akhirnya rakyat hari ini tahu bahawa peletakan jawatannya dilakukan demi menjaga kepentingan mereka, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Ramai yang menganggap (pengunduran Ani) sebagai satu tindakan biasa seorang staf yang meletakkan jawatan, mungkin faktor umur atau prestasi kerja.

"Hari ini, kita tahu ianya adalah kerana sikap tegasnya untuk tidak menandatangani perjanjian berat sebelah dan tidak adil, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Apa yang dibimbangi Ani kini menjadi kenyataan apabila kerajaan UMNO-BN berdolak-dalih untuk menyemak semula perjanjian dengan IPP yang sangat tidak adil walaupun didesak pelbagai pihak.

“Kerajaan tidak sanggup bertegas memotong subsidi sebanyak RM19 billion utk IPP berbanding tindakan mereka memotong subsidi ke atas keperluan rakyat.

"Hari ini rakyat merasa bangga di atas ketegasan Tan Sri Ani Arop menentang dasar yang tidak adil ini. Syabas dan tahniah di atas pengorbanan beliau dalam menentang kemungkaran ekonomi yang dibuat tangan UMNO-Barisan Nasional ini,” tambah Tuan Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana