Friday, May 6, 2011

RE: [kl-bogel] TAK PERLU PINDA PERLEMBAGAAN UTK LAKSANA HUDUD

Pandai nya…..

Sumber dr UTUSAN ker?

 


From: kl-bogel@googlegroups.com [mailto:kl-bogel@googlegroups.com] On Behalf Of Amin
Sent: Friday, 6 May 2011 4:38 PM
To: kl-bogel@googlegroups.com
Subject: Re: [kl-bogel] TAK PERLU PINDA PERLEMBAGAAN UTK LAKSANA HUDUD

 

Bila orang sebut BODO bin Bahalul Marah
HUKUM Hudud sudah diberi kebenaran untuk di laksanakan dan Negeri Kelantan telah diperkenankan oleh Sultan Kelantan dan kerajaan Kelantan dibawah Pentadbiran Tg.Guru NiK AZiz selepas diberi kebenaran telah menangguhkan perlaksanaannya dari tahun 1993 sampai sekarang....
Kempen ler Hukum hudud ni nak bagi PAS tumbang..hehehhe
Pas gempak je Hukum Hudud ni dah diberi kebenaran tak melaksanakan pulak..Harakah mana berani ceta bab nih..
Bayangkan sejak Hudud diluluskan 1993 di Kelantan, sehingga kini tiada usaha pelaksanaan itu dilaksanakan biarpun sudah mendapat perkenan Sultan.
www.kelatekito.net

2011/5/6 Makhtar, Mahadir: Mr. <mahadir.makhtar@epcos.com>

Ada banyak perkara yang sering dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan hudud. Bagi pemerintah Pusat, alasan masyarakat majmuk sering dijadikan faktor. Bagi pihak Pakatan Rakyat sendiri khususnya DAP, ia terletak atas sifat Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan sekular.

Adapun yang tegas mengatakan Perlembagaan Persekutuan sebagai sekular sifatnya ialah Karpal Sing dan beberapa individu sealiran dengannya. Bagi ahli-ahli DAP yang lain, mereka tidak ada masalah dengan hudud. Lim Guan Eng misalnya mengkaji corak pemerintahan Islam zaman silam untuk dipraktikkan dalam pentadbirannya.

 

Bukan Salah Masyarakat Majmuk

Kefahaman yang kurang terhadap hudud menyebabkan orang bukan Islam dan sebahagian orang Islam menolak perundangan syariah itu. Ia sebenarnya bukan sahaja ditolak oleh Karpal Sing yang kebetulan berada dalam Pakatan Rakyat.
Malah oleh mana-mana bukan Islam yang tidak faham apa itu hudud. Cuba tanya pada MIC dan MCA, malah UMNO sendiri. Mereka juga mempunyai pendirian yang sama, kecuali bagi mereka yang benar-benar faham apakah hudud itu.

Umat Islam juga begitu. Bayangkan kalau tiba-tiba kita terpaksa menerima perundangan agama lain sebagai rujukan perundangan negara.
Tentu kita ragu-ragu. Namun apabila kita faham undang-undang tersebut, kita akan menerimanya. Contohnya lihat sahajalah Perlembagaan Persekutuan. Mengapa kita boleh menerimanya dengan begitu mudah? Kerana kita faham. Walaupun sebenarnya kefahaman kita itu bersifat tradisi atau warisan (kau ikut, aku pun ikut).

Ketika masih belajar, seringkali saya menyoal tentang hudud kepada rakan bukan Islam. Sesak juga dada bila mendengar pandangan mereka terhadap Islam bila diberi peluang bercakap. Kebanyakan mereka mempunyai pandangan yang sangat sempit terhadap Islam. Apatah lagi hudud. Ini menunjukkan betapa tidak fahamnya mereka terhadap Islam.

 

Permasalahan Sebenar

Berkenaan masalah hudud ini sebenarnya bertitik tolak daripada masalah faham atau tidak. Bukan kerana hudud itu diperjuangkan oleh Pas, maka ia menjadi masalah. Masalah sebenar ialah umat Islam tidak mahu menjelaskan Islam kepada bukan Islam. Ini termasuklah diri saya sendiri. Oleh itu, marilah kita semua jelaskan kepada mereka yang tak faham bahawa hudud itu ialah fitrah. Dan kita perlukan fitrah itu untuk menjalani kehidupan sebagai manusia.

Kalau Pakatan Rakyat boleh mempraktikkan slogan 1 Malaysia yang dicanang BN, mengapa BN yang di dalamnya ada UMNO tidak mahu menerima hudud dan membantu pelaksanaannya. Mengapa menjauhkan orang kafir daripada Islam dengan menakut-nakutkan orang Melayu terhadap Cina dan India.
Kita tahu UMNO tidak perlukan undi Cina dan India. Tapi agak-agaklah. Jangan fobiakan orang Melayu terhadap Cina dan India. Jangan fobiakan orang Melayu terhadap parti Melayu yang berkawan dengan parti bukan Melayu. Nak tarik pengundi Melayu bukan dengan cara menipu Melayu.

Kita jangan jadi talam lapan muka. Di sini kita kata satu Malaysia. Di sana kita kata orang Melayu sedang digugat oleh Cina dan India. Bila orang Cina dan India masuk masjid, kita sibuk cari balai polis untuk buat laporan kononnya Cina sedang menggugat bangsa Melayu. Pada hal Islam bukan agama eksklusif orang Melayu. Islam ialah agama seluruh umat manusia. Biarlah mereka belajar tentang Islam. Jangan jadi talam.

Di sini siapa sebenarnya yang cuba menutup dakwah Islam kepada bukan Islam? Gerangan apakah yang cuba menakutkan Cina India terhadap hudud? Gerangan siapa ...?

 

Perlembagaan Persekutuan Bukan Sekular

Oleh kerana perlembagaan Persekutuan menjadi perundangan tertinggi negara, maka setiap peraturan yang hendak digubal akan dirujuk kepada perlembagaan tersebut. Dalam kes hudud (undang-undang Syariah), pelaksanaannya akan bergantung kepada penafsiran terhadap Perlembagaan Persekutuan iaitu adakah ia sekular atau tidak. Di sinilah wujudnya permasalahan.

Kalau PP itu sekular, maka hudud tidak boleh dilaksanakan kerana undang-undang sekular tidak mengiktiraf peranan agama dalam masyarakat. Kalau hudud ingin dilaksanakan juga, pindaan terhadap beberapa Perkara perlu dilakukan. Namun, benarkah PP itu sekular?
PP tidak menyatakan bahawa Malaysia ialah negara sekular. Perkara 3 (1) yang memperuntukkan bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan” menjadi asas hujah ini. Hal ini kerana, negara sekular tidak mengiktiraf mana-mana agama dan peranannya dalam masyarakat. Agama ialah milik individu. Jadi, pengiktirafan ini membuktikan bahawa Malaysia bukan negara sekular. Kalaupun Malaysia dikatakan sebagai sekular, ia hanyalah melibatkan amalan yang dilakukan oleh pihak pemerintah dan masyarakat di Malaysia itu sendiri. Hakikatnya bukan PP yang sekular.

Oleh kerana PP itu sendiri tidak menafsirkan point di sebalik ayat “Islam ialah agama bagi Persekutuan”, maka selaku umat Islam, kita perlu menafsirnya dari kaca mata orang Islam. Tidak mungkin kita akan menafsirnya dari kaca mata bukan Islam, atau orang tidak beragama (free thinker). Ini diakui sendiri oleh Prof. Dr. Abdul Aziz Bari ketika disoal oleh wartawan Harakah, Tarmizi Mohd Jam.

Beliau menambah, ada beberapa Perkara dalam PP yang menafikan bahawa PP ialah sekular. Antaranya termasuklah Perkara 8, Perkara 11, dan Perkara 12 (2). Malah, setiap YDPA perlu melafazkan sumpah jawatan dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Kalau benar PP sekular, peruntukan-peruntukan ini mustahil wujud.

 

Siapa Sebenarnya yang Tak Mahu Hudud?

Berdasarkan pertimbangan yang dijelaskan di atas, jelas bahawa kita tidak perlu menggubal PP untuk melaksanakan hudud. Ia berbalik kepada persoalan mahu atau tidak sahaja. Kalau pemerintah tidak mahu, pelbagai alasan akan ‘dibentangkan’.

Kita perlu sedar, ada pihak yang cuba menjauhkan orang bukan Islam daripada Islam. Golongan ini berharap supaya orang bukan Islam tidak faham Islam terus. Ini akan menyekat sokongan mereka terhadap parti yang memperjuangkan hudud. Golongan yang sama cuba membina imej jahat dan keji bangsa bukan Melayu di dalam minda Melayu. Hasilnya, orang Melayu seringkali curiga terhadap bangsa bukan Melayu dan mengaggap mereka cuba merampas hak-hak orang Melayu. Hak harta, tanah, peluang perniagaan, malah agama.

Pada masa yang sama, mereka ini melaungkan slogan retorik tentang penyatuan bangsa. Menguar-uarkan kewujudan golongan ekstream yang menggugat perpaduan kaum. Walhal, merekalah golongan tersebut.

Di sebalik usaha mereka itu, tentu ada kepentingannya. Mereka mahu meraih undi Melayu sebanyak mungkin. Mereka mahu menjauhkan orang Melayu daripada parti Malayu yang bekerjasama dengan parti bukan Melayu. Justeru mereka cuba membina gambaran bahawa parti yang bergabung dengan parti bukan Melayu ialah parti yang mahu menghancurkan bangsa Melayu.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

 

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment