Tuesday, May 3, 2011

RE: [kl-bogel] Sumpah laknat: Masjid Amru Al-As kecoh

Yg ni apa citer plak?

 

Akhbar Sinar hari ini melaporkan, beberapa Mufti sependapat bahawa sumlah laknat Eskay itu amat bertentangan dengan Islam. Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes menyebut, " seseorang yang menuduh individu lain melakukan perbuatan zina layak mendapatkan 4 orang saksi yang adil, tidak fasiq dan tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk, tetapi TIDAK LAYAK melakukan sumpah laknat". Mufti Perak Tan Seri Harussani pula berkata, " Sepatutnya, selepas dia (Eskay) membuat tuduhan orang itu (Anwar) berzina, perlu kemukakan bukti bukannya bersumpah. "Menuduh orang itu berzina bermakna Qazaf, Qazaf ini bukannya bersumpah tetapi bawa bukti (saksi). "Cara yang dilakukan oleh Eskay itu membabitkan pertuduhan zina antara suami dan isteri".

Akhbar yang sama juga memetik kenyataan Presiden Persatuan Peguam Syarie, Muhammad Isa Abdul Ralip "Saya sendiri kurang jelas Eskay sumpah untuk tujuan apa kerana sumpah perlu berlandaskan pada hukum Syarak ditetapkan di dalam Islam. "Jangan sewenang-wenangnya angkat sumpah jika tidak tahu maksud sumpah sebenarnya, atau Eskay sebenarnya bermotifkan politik". Seorang lagi Pendakwah Bebas, Ustaz Md Daud Che Ngah pula berkata, "Berdasarkan Al-Quran sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh suami dan isteri sahaja". "Dalam isu sumpah laknat Eskay semalam, langsung tiada kena mengena kerana apa yang dilakukannya adalah pembohongan bersifat fitnah dalam masjid".

 

 


From: kl-bogel@googlegroups.com [mailto:kl-bogel@googlegroups.com] On Behalf Of Lokman Ali
Sent: Wednesday, 4 May 2011 12:18 AM
To: kl-bogel@googlegroups.com
Subject: Re: [kl-bogel] Sumpah laknat: Masjid Amru Al-As kecoh

 

Kahkahkah, der ranjau meroyan giler. Ade ke dlm islam takde sumpah laknat. Kau baca balik http://anwaribrahimblog.com/2011/04/29/sumpah-penjelasan-pgsm-berhubung-mubahalah/. Kan ade dia citer pasal sumpah laknat, memadai dgn lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran. Apa da punya citer der ranjau. Bab skg ni org dok pertikaikan sape pelaku dlm video tu, Nuar nafi tapi Eskay kata dia ada pada masa tu dan dia sahkan Nuar ada bersama dia. Kau ade kat situ ke der ranjau, yg kau dok meroyan giler ni. Jadi nak buktikan apa yg dia cakap tu betul Eskay pun buatlah sumpah laknat. Mcm mana kau nak bawak ke Mahkamah Syariah kalau kau tak tau sape pelakunya. Bab ni mesti kasi settle dulu, baru citer bab lain.

2011/5/3 der ranjau <kapprix@gmail.com>

umPORNO JHAILIYAH kata takleh POLITIk dalam masjid

  tapi nape umPORNO JAHILIYAH sibuk2 nak pegang al-quran dan bersumpah dalam masjid??

 Nape tak dakwa di mahkmah syariah ?? Bab2 sumpah tau carik alq-quran
  tapi bab dakwa takmo pulak pada islam ... dalam islam takde sumpah laknat bab fitnah
  nape tak ikot undang2 ISLAM? ke tak paham QAZAF ??

    Kepana JAWI n PDRM ada di masjid?
  Kepana PDRM dan NAZRI bersekongkol ngan penyebar PORNO ?
  Malaysia sudah jadi syurga PORNO

  Malaysia SYURGA PORNO
  Malaysia Darul PORNO !!!



 

2011/5/1 kelah <amirpcg@gmail.com>

AGAK2NYA KENAPA PIHAK PKR CUBA MENGHALANG YA. INIKAN HAK INDIVIDU TERBABIK... BUKAN KER. PKR MENGATAKAN KERAJAAN MENYEKAT HAK KEBABASAN INDIVIDU JADI TINDAKAN MEREKA INI ATAS ALASAN APA PLAK. ADAKAH TAKUT MENERIMA KEBENARAN. MEMALUKAN SAHAJA KERANA MENCEMARKAN KESUCIAN TEMAPT IBADAH

2011/4/29 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>


[GALERI FOTO]

Keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong Pemuda PKR (AMK) pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.

NONEMereka berkumpul salah seorang anggota 'Datuk T" - Datuk Shazryl Eskay Abdullah - memberitahu semalam yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Semalam, Eskay mengajak Datuk Seri Anwar Ibrahim melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan itu bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang tersebut.

Kumpulan trio itu bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar.

NONEDua lagi anggotanya ialah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim.

Keadaan bertambah panas apabila mereka mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Kejar pengarah JAWI

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar tetapi terdapat seorang penyokong PKR yang cuba mengejarnya untuk menyerah buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Selepas itu, kedengaran penyokong PKR bertakbir, dan keadaan menjadi bertambah panas apabila perkataan kasar, seperti 'bodoh' kedengaran di kalangan mereka yang berada dalam masjid.

NONEBerikutan itu berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dengan beberapa jemaah dan wartawan yang tidak selesa dengan keadaan itu.

Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid yang bergerak keluar ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Memandangkan keadaan kecoh tersebut, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin naik ke atas mimbar untuk menenangkan keadaan.

Beliau meminta semua orang keluar dari masjid bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

Penuh drama

Difahamkan terdapat wartawan yang mendapat kiriman SMS dari Eskay pada jam 2 petang tadi, memberitahu yang beliau bersolat Jumaat di masjid lain dan dalam perjalanan ke masjid di Sentul baru itu.

Sementara itu, Shamsul dan penyokong PKR telah keluar dari kawasan masjid sebelum mengadakan sidang akhbar.

NONESelamat kecoh selama 30 minit, masjid agak tenang apabila Datuk T yang dinanti-nanti belum sampai. Ramai sudah mulai keluar daripada masjid dan perkarangannya. Pintu ke ruang solat utama dan semua pintu masuk ke masjid ditutup oleh kira-kira 30 pihak polis.

Sebelum itu, keadaan penuh drama apabila penyokong PKR mengedarkan pelbagai risalah menentang upacara sumpah itu diadakan bermula jam 1 petang.

Kelihatan juga kehadiran Ramlan Abu Bakar yang lebih dikenali dengan panggilan "reformis bogel" sebelum ini. Beliau sempat mengadakan sidang media untuk menghentam ketua Umum PKR itu.

Eskay bagaimanapun hadir bersumpah bersama Rahim dan Shuib kira-kira jam 4.15 petang ketika ketegangan agak reda dengan kawalan ketat pihak polis.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

 

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

 

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

 

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment