Wednesday, May 18, 2011

RE: [kl-bogel] Kristian-Islam: DAP gesa Najib arah Utusan tarik baliklaporan, mohon maaf

Propaganda tu komisen ker bro?

Hehehehe....

Nak buat mcm mana... da mentality hasil didikan UMNOnok….

 

 


From: kl-bogel@googlegroups.com [mailto:kl-bogel@googlegroups.com] On Behalf Of doktor.shah@gmail.com
Sent: Tuesday, 17 May 2011 8:40 PM
To: kl-bogel@googlegroups.com
Subject: Re: [kl-bogel] Kristian-Islam: DAP gesa Najib arah Utusan tarik baliklaporan, mohon maaf

 

KeBODOHan Lokman Ali terSeRLah.......... Xtau propaganda dgn yg btl.......

Sent from my BlackBerry wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: Lokman Ali <lipanbatu@gmail.com>

Sender: kl-bogel@googlegroups.com

Date: Sun, 15 May 2011 20:32:32 +0800

To: <kl-bogel@googlegroups.com>

ReplyTo: kl-bogel@googlegroups.com

Subject: Re: [kl-bogel] Kristian-Islam: DAP gesa Najib arah Utusan tarik balik laporan, mohon maaf

 

Betul ke UMNO yg mereka isu ini. Aku rasa dah banyak kali kedudukan Islam di Malaysia ni dicabar :
i) Isu murtad Lina Joy & Aishah Bukhari
ii) Penubuhan IFC
iii) Kalimah Allah dibenarkan utk agama kristian
iv) Isu ketuanan rakyat utk memansuhkan kedudukan raja-raja melayu
v) Isu bible dlm bahasa malaysia.
vi) Bible dlm bahasa melayu tak boleh pulak di cetak utk "Agama kristian" & bernombor siri.
vii) menyamaratakan taraf ugama islam dgn agama lain hingga dibawak dlm parlimen oleh MP perak, ngeh ke ngoh namanya, mengenai perbelanjaan pembinaan masjid & tempat ibadat agama lain.
viii) dan berbagai-bagai isu lagi.
UMNO jugak ke yg mereka-rekakan propoganda ini? Kau leka je lah dan sikit pun tak rasa tercabar ke?


2011/5/13 kas nako <kasnako@gmail.com>

isu ini memang disengajakan oleh UMNO bagi menarik undi melayu, menyeru agar melayu bersatu menentang kristian, agar UMNO kekal berkuasa...supaya undi melayu tidak berpecah dan memberi kemenangan mudah pada PRU 13 nanti

2011/5/13 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>

Oleh Syed Muaz Syed Putra

May 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Mei DAP menggesa Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Utusan Malaysia menarik balik dan memohon maaf secara terbuka ekoran laporan berunsur fitnah yang mengaitkan parti itu dengan konspirasi menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pihaknya juga mahu Utusan Malaysia menggantikan editor dan wartawan akbar itu yang terlibat dengan penyiaran laporan bersifat fitnah dan boleh merosakkan gagasan 1 Malaysia yang diperjuangkan Najib.

Kata beliau, hanya dengan cara itu Najib boleh membuktikan bahawaUtusan Malaysiatidak mendapat imuniti apabila mengeluarkan laporan salah dan fitnah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawaUtusan Malaysiabebas dari imuniti dengan mengarahkan Utusan Malaysia menarik balik dan memohon maaf kerana menyiarkan laporan palsu.

Selain itu, beliau juga harus menukar editor dan wartawan yang terlibat dengan laporan yang bahaya ini dan boleh membakar gagasan 1 Malaysia, kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

LaporanUtusan Malaysiabertajuk Kristian Agama Rasmi?, Sabtu lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar berbahasa Malaysia milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Utusan Malaysiamelaporkan perkara itu selepas memetik laporan sebuah blog yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi-paderi di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu.

Bagaimanapun kumpulan Kristian dan DAP menafikan dengan keras dakwaan itu sambil menyifatkan laporan Utusan Malaysia itu pembohongan yang bahaya.

Kata Lim,Utusan Malaysiaberani bertindak mengeluarkan laporan yang tidak benar kerana akhbar itu didokong sepenuhnya oleh Umno malah agenda mingguan akhbar tersebut ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh diketuai Najib.

Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari, mendedahkan agenda-agenda dalam Utusan Malaysia ditetapkan Biro Politik Umno yang mengadakan perbincangan setiap Isnin untuk menentukan agenda mingguan akhbar itu.

Mereka yang berada dalam biro itu adalah Najib, timbalannya (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, tiga naib presiden (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi, (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein dan (Datuk Seri) Shafie Afdal termasuk Setiausaha Agung Umno (Datuk Seri) Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan Umno (Datuk) Ahmad Maslan, katanya.

Tambah Lim, beliau juga mencabar parti komponen BN untuk membantah tindakanUtusan Malaysiadalam mesyuarat Kabinet.

DAP mencabar menteri MCA, Gerakan dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mengemukakan bantahan tegas terhadapUtusan Malaysiadalam Kabinet.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian bermakna mereka adalah talam dua muka seperti Umno, katanya.

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

 

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

 

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment