Friday, May 20, 2011

[kl-bogel] RE: [kLk] Individu bankrap kutip projek tanpa tender

Hahahaha…. Sumber drpd UTUSEKS….

Confirm lar fitnah…. Huhuhu….

 


From: EzYmOneY [mailto:rizal.jalil@gmail.com]
Sent: Friday, 20 May 2011 11:11 AM
To: Makhtar, Mahadir: Mr.; kl-bogel@googlegroups.com; kl_bogel@googlegroups.com; kl_boleh@googlegroups.com
Subject: Fwd: [kLk] Individu bankrap kutip projek tanpa tender

 


macm ni kah yang dikatakan telus??? .. khak tuihhhhh.....

 

---------- Forwarded message ----------
From: Pian <innerkad@gmail.com>
Date: 2011/5/20
Subject: [kLk] Individu bankrap kutip projek tanpa tender
To: kLk <Kelakar@yahoogroups.com>

 

Individu bankrap kutip projek tanpa tender

KUALA LUMPUR 19 Mei - Pihak berkuasa diminta menyiasat bagaimana kerajaan negeri Selangor menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dalam kes Teoh Beng Hock boleh memberikan projek bernilai jutaan ringgit kepada kontraktor tanpa melalui proses tender.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, pihak berkuasa juga perlu menyiasat bagaimana projek itu diberikan kepada kontraktor, Lee Wye Wing yang diisytiharkan bankrap pada 21 November 2006.

''Jabatan Insolvensi Malaysia wajar membuat siasatan terbuka mengenai status kontraktor ini dan pihak berkuasa, terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat bagaimana seorang yang bankrap boleh diberikan tender projek itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada pendedahan berhubung perkara itu yang dibuat oleh peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock baru-baru ini.

Pada prosiding itu juga, Muhammad Shafee mendakwa Wye Wing memperoleh kebanyakan projek kecil bagi kawasan DUN Seri Kembangan dan Kampung Tunku yang sepatutnya diberi kepada kontraktor bumiputera dengan bantuan anak saudaranya, Lee Khee Heong.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Lum Yoong menambah, kerajaan negeri Selangor terutamanya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu bertanggungjawab dan menjelaskan perkara sebenar berhubung isu tersebut.

Katanya, adalah tidak wajar untuk kerajaan negeri Selangor berdiam diri sedangkan perkara itu dibangkitkan oleh peguam dalam prosiding siasatan suruhanjaya dan sudah didedahkan kepada umum.

Tegas Lum Yoong lagi, kepimpinan DAP juga tidak boleh membisu kerana pendedahan yang dibuat membabitkan wakil rakyat parti itu.

''Kita mahu melihat sejauh mana DAP berani mengambil tindakan ke atas wakil rakyat mereka. Ini kerana, kita yakin sekiranya kejadian ini melibatkan parti-parti atau pihak lain, DAP pasti akan mendesak supaya tindakan serupa diambil," katanya.

__._,_.___

Recent Activity:

·                                 New Members 109

-"This e-Mail may contain proprietary and confidential information and is sent for the intended recipient(s) only. If by an addressing or transmission error this mail has been misdirected to you, you are requested to delete this mail immediately"      

   - KELAKAR MELAKAR FIKIRAN MEKAR, HATI TAK TERBAKAR KEPALA TAK BERAKAR -
   
                     
PRAYER TIME FOR KUALA LUMPUR, MALAYSIA 

MAY           Subuh   Syuruk   Zohor    Asar    Maghrib   Isyak      
2011
01- 07           5.44     7.03      13.12   16.30    19.18    20.29
08- 15           5.42     7.02      13.11   16.32    19.18    20.30
16- 23           5.40     7.01      13.11   16.33    19.18    20.31
24- 31           5.39     7.01      13.12   16.35    19.19    20.32
                                      Kelakar-subscribe@yahoogroups.com
                                    http://groups.yahoo.com/group/kelakar
                        

.

__,_._,___




--
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

http://www.rizal.bizonline2u.com

Regards
Rizal Jalil
60134481000

No comments:

Post a Comment