Monday, May 2, 2011

[kl-bogel] Pelacur IT Savy (First Time Ever Recorded)

 Lihat gambar di bawah, kondom di atas kain putih.


... kain cadar di bilik hotel di Sri Petaling, Kuala Lumpur.


Maaf, kain cadar sedikit berkedut, akibat manusia 'bergelut' di atasnya. Hasil gelutan dikesan di dalam bakul sampah berhampiran katil.


Tisu masih basah dibuang bersama kondom jenis murah, barangkali buatan China. 

Ok! Ok! Sabar. 

Gambar di atas dirakamkan di satu daripada 3 bilik disewa sindiket pelacuran.

"Sebelum ini, setiap pelacur disewakan satu bilik seorang. Sekarang modus operandi diubah, semua pelacur duduk di dalam satu bilik. Bapa ayam membawa pelacur untuk dipilih pelanggan  di 3 bilik berasingan di tingkat sama. Jadi kos sewaan bilik dijimatkan," ujar DSP Azman sambil tersenyum.

DSP Azman Mohd Isa, Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, IPK Kuala Lumpur.


Kira-kira 140 kondom belum digunakan ditemui beserta KY Jelly, cecair berkumur dan pelincir berbentuk semburan. 

"Dua bungkus, ada 200 kondom, saya anggarkan lebih 60 telah digunakan," ujar beliau.

 Ok! Ok! Sabar.

Mana gambar pelacur?


Merakamkan gambar pelacur (menggunakan kamera digital Canon G12) seperti di atas, kelaziman bagi saya dan majoriti jurukamera membuat liputan kes jenayah. 

Selalunya, kenalan melihat gambar sama akan bertanya soalan favourite kepada saya.

"Cantik ke?"

Terus terang saya katakan, saya juga tidak berpeluang menatap wajah mereka. Kesemua gadis bagaikan telah dilatih secara spontan menundukkan muka sebaik melihat kamera digital atau video.  

Apapun, seorang daripada pelacur diberkas berusia 31 tahun menarik perhatian saya.


Dia IT savy, memegang erat komputer riba miliknya sekaligus menggunakan komputer terbabit untuk menutup wajah. Itu kali pertama saya berpeluang merakamkan gambar pelacur warga China ditahan bersama komputer, seriously.

Barangkali dia menggunakan masa terluang  di bilik hotel melayari internet sementara menunggu pelanggan. Dia pelacur paling tua kerana majoriti rakannya berusia awal 20 an, jadi dia mungkin jarang dipilih untuk memuaskan nafsu berbanding gadis lain.

Masyarakat selalu merungut, pelacur ditangkap, bapa ayam terlepas.

Tidak kali ini.

Dua lelaki tempatan berjaya diberkas dalam serbuan pada jam 10 malam terbabit.


Saksikan paparan terperinci Ops Noda terbabit di 999, jam 9 malam, esok, 14 April 2011.
Nukilan Mazidul Akmal Sidik Jam 2:52 AM

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

No comments:

Post a Comment