[kl-bogel] No Money No Honey
Semalam saya menyertai satu lagi operasi memberkas warga Nigeria dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan menggunakan internet.
8 mendakwa pelajar kolej swasta ditahan di rumah berbeza di Puchong dan Kota Damansara, Selangor.
Seorang daripada suspek, 25 tahun berfungsi sebagai pemegang akaun diberkas ketika disyaki cuba mengeluarkan wang RM98,000 dari bank terkemuka. Menyedari kehadiran polis di lokasi, dia melarikan diri namun berjaya dicekup.
Izinkan saya berkongsi 2 fakta menarik berhubung suspek mendakwa menuntut dalam jurusan komunikasi dan pemasaran di institusi pengajian swasta terbabit.
Di rumahnya, pihak serbuan menjumpai dadu. Dadu biasa mempunyai titik kecil berjumlah di antara 1 dan 6 di permukaan tetapi dadu permainan warga Nigeria terbabit, pelik. Permukaan dadu tertulis ...
'Nipples'
'Boobs'
'Body'
'Lips'
... malang kepada pemain mendapat 'toes' dan '?'.
Pada masa sama, suspek juga didapati memiliki 6 passport.
"Three are valid Nigerians passports while the other three are fake. I bought those for RM500 each and my friend sent them from Nigeria," kata suspek.
Dia mengaku mula terbabit dalam kegiatan penipuan sejak tahun 2009 dan mendakwa tiba di Malaysia 5 tahun lalu.
Dia mengaku mula terbabit dalam kegiatan penipuan sejak tahun 2009 dan mendakwa tiba di Malaysia 5 tahun lalu.
Lebih menarik, dia menggunakan passport Ghana untuk membuka akaun bank di Puchong tanpa institusi kewangan terbabit mengesan penipuan liciknya.
"Where did you buy the t-shirt?," soal saya.
"My friend gave it to me," balasnya ringkas.
Turut ditemui di dalam dompet suspek, kondom berperisa pisang.
... dan kondom cair!
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com
Comments
Post a Comment