Tuesday, May 3, 2011

[kl-bogel] Mat Monggol buat lawak... keh keh keh....

KUALA TERENGGANU, 30 April – Dalam kenyataan kedua berkaitan kerjasama Umno-PAS di sini hari ini, Datuk Seri Najib Razak berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jika pun memutuskan untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

Najib (gambar) berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

“Kita lihat poster di sini (Terengganu)‘PAS ganti UMNO’, realitinya ‘DAP ganti PAS’, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP,” kata beliau sebagaimana dilaporkan Bernama Online hari ini.

“PAS, cukuplah dalam Pakatan (Rakyat), alihlah kepada yang lain, tak masuk BN (Barisan Nasional) pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong di sini.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Perdana Menteri berkata Pakatan Rakyat yang disertai PAS selama ini dilihat tidak pernah menguntungkan mereka dalam politik.

“PAS tak dapat apa-apa keuntungan, sebab itu tak ada makna (mereka) kekal dalam Pakatan Rakyat, sama ada dia nak bergabung dengan kita (BN), itu soal lain.

“Tapi yang saya nak tekankan, dia (PAS) tidak ada mendapat apa-apa manfaat malah secara tidak langsung menguntungkan parti DAP,” katanya.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.

Di Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong, Najib juga berkata DAP selama ini dilihat mendominasi Pakatan Rakyat.

“Kita tengok dalam banyak isu DAP akan tentang kalau itu (sesuatu perkara atau isu) dianggap sebagai yang tidak boleh diterima berdasarkan ideologi DAP… mereka (PAS dan DAP) mungkin tidak dapat kata sepakat dalam isu-isu utama.”

Perdana Menteri berkata sekiranya PAS mahu memperjuangkan Islam, DAP bukanlah rakan sebenar dalam perjuangan berkenaan.

Ditanya usaha perpaduan yang pernah dibincangkan sebelum ini antara Umno dan PAS, Perdana Menteri berkata:“Perkara itu boleh,(tapi) kita tak boleh nak menjangkakan sesuatu, tapi saya nak sebutkan (dalam) Pakatan Rakyat sekarang ni cuma menguntungkan DAP sahaja.”

No comments:

Post a Comment