[kl-bogel] Mamat Siam 'Eskay' Dah Mula Cakap Putar Belit
04 May 2011
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan bahawa beliau bertanggungjawab membekalkan seorang wanita yang mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang didakwa mirip pemimpin kanan pembangkang.
Wanita dalam pita video berkenaan didakwa seorang pelacur. Bagaimanapun identitinya dan tempatnya dirakamkan masih menjadi rahsia meskipun Eskay berulang-kali berkata ia dirakamkan di
Ditanya wartawan sama ada video tersebut dirakamkan di
"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan
Beberapa klip video yang dimuat-naik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “
Jalur putih berkenaan tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa. Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.
"Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay.
Peranan Eskay dalam pita video itu menjadi semakin rumit apabila beliau tidak menafikan beliau adalah orang ketiga dalam video tersebut.
Shazryl juga diasak oleh wartawan mengapa beliau menyerahkan sampel DNA miliknya kepada polis minggu lalu dan signifikan penyerahan jam tangan mewah jenama Omega, yang dikaitkan dengan pelaku dalam video seks berkenaan.
“Saya fikir ia ada kena mengena dengan jam itu... Saya memegang jam itu,” katanya.
Namun, Eskay enggan menjawap secara langsung mengapa jam Omega itu relevan dengan kesnya.
"I (saya) pun tak tahulah, saya tidak benar-benar melihatnya (video seks itu.”
Comments
Post a Comment