Tuesday, May 3, 2011

[kl-bogel] Isu yg dimainkan oleh TV3 suku malam tadi....

GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengeluarkan sijil layak menduduki (OC) kepada 7,571 unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sehingga September tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Peranvangan Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian Negeri Wong Hon Wai dalam ucapan penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011 pada mesyuarat penggal ketiga Dewan Undangan Negeri ke-12 semalam, berkata sijil itu dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

“Jumlah OC yang telah diluluskan telah melebihi angka yang telah dikeluarkan tahun lepas iaitu 3,768 untuk rumah kos rendah dan kos sederhana rendah,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) di sini semalam.

Selain itu, Wong berkata kerajaan negeri telah mengambil langkah-langkah dengan menyediakan peruntukan lebih RM9 juta untuk membaik pulih dan menaik taraf rumah pangsa kerajaan negeri untuk 2010.

“Kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta setiap tahun sepanjang tempoh lima tahun untuk tujuan membaik pulih dan menaik taraf rumah-rumah pangsa milik kerajaan negeri dan keutamaan diberikan kepada projek yang lama, sangat uzur dan yang mengalami kerosakan yang besar,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) meminta kerajaan negeri membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana rendah di kawasan Balik Pulau.

Wong menjawab:“Kerajaan negeri akan cuba mengkaji pemintaan YB,”.

Dalam menjawab soalan Dr Hilmi tentang jumlah projek perumahan rakyat yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan negeri sejak dua tahun memerintah, Wong berkata dalam 2008, kerajaan negeri telah membangunkan dua projek rumah kos rendah dan sederhana rendah.

“Antara projek yang telah dilaksanakan adalah projek pembangunan semula di Gat Lebuh Nordin dan Ampang Jajar, di atas tanah milik kerajaan negeri,” katanya.

“Projek yang akan dibina di Bandar Jelutong terdiri dari 192 unit rumah kos rendah dan 192 unit rumah kos sederhana rendah.— Bernama

No comments:

Post a Comment