[kl-bogel] DULU TAKUT 'ISLAM' KINI TAKUT 'RAKYAT'?
Wednesday, May 4, 2011
Kementerian Dalam Negeri menolak penggunaan perkataan "rakyat" bagi akhbar harian Utusan Rakyat yang dipohon.
Komen : Dulu perkataan 'Islam' sangat ditakuti dan dicemburui oleh UMNO/BN. Sampai perkataan Islam pada PAS pun hendak dibuang.
Kini perkataan 'Rakyat' pula digaduhkan. Abis nama Bank Rakyat camner pulok?
Bagus gak Nurul acah dan gempak skit KDN , kira nak test dan bertaubat atau tidak Kementerian Dalam Negeri ini. Semenjak 2 menjak Hisamudin jaga KDN.
Nurul Izzah yang juga anggota parlimen Lembah Pantai berpendapat, rakyat patut mendapat penghormatan.
"Nama itu (rakyat) sebahagian daripada jatidiri kamu," kata Nurul Izzah (kiri) sambil bertanya pemberita apa perasaan mereka sekiranya terpaksa menukar nama untuk penerbitan masing-masing.
Hata pula berkata, beliau menjelaskan kepada kementerian bahawa nama itu mewakili "jiwa" penerbitan itu yang berniat mengetengahkan peranannya yang prorakyat.
"Tanpa perkataan rakyat, ia tidak menggambarkan perkara itu. Jadi apa yang kita perlu gelarnya?
Utusan aaa, atau Utusan tut,” katanya sambil berjenaka.- Mkin
Comments
Post a Comment