RE: [kl-bogel] Mukhriz Nak Jadi Kaki Pembohong Macam Bapanya

Ko pon pandai menipu…

Tak kan pakar menipu/raja belit x boleh… org politik mesti pandai kuntau/auta/membohong bro...

 


From: kl-bogel@googlegroups.com [mailto:kl-bogel@googlegroups.com] On Behalf Of firdaus faizal
Sent: Wednesday, 20 April 2011 2:40 PM
To: kl-bogel@googlegroups.com
Subject: Re: [kl-bogel] Mukhriz Nak Jadi Kaki Pembohong Macam Bapanya

 

xkan Tim. Menteri nk tipu or kencing sewenang2nye tanpa usul periksa & tambah2 lagi Naib Canselor lak tu xkan nk tipu lak....cube citer bio bebenor sikit...nie br xlogik x ssh nk terima akal fitnah pn ada gak.

xkan org2 nie nk ckp ikut sedap mulut dorg je...

aku tngk banyak2 menteri, Mukhriz la yg ssh nk komen kalo isu2 yg mcm nie.tapi nie die dh start komen, xkan die nk ckp tanpa usul periksa dulu.

apaaa daaa......

2011/4/20 Makhtar, Mahadir: Mr. <mahadir.makhtar@epcos.com>

20 April 2011

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan kerajaan pimpinannya menaikkan kadar cukai tanah 10 kali ganda terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebaliknya kata beliau (gambar), kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak itu tidak berlandaskan fakta sebenar.

“Apa yang berlaku ialah bagi tempoh Januari 2006 hingga Disember 2008, UUM telah diberi rebat oleh kerajaan negeri ketika itu menyebabkan cukai tanahnya dikurangkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000.

“Tetapi selepas tempoh rebat dua tahun itu berakhir, mereka diminta membayar pada kadar penuh semula iaitu RM1.7 juta,” katanya pada sidang media di sini.

Dipetik laporan Bernama Online, Azizan berkata akibat pemberian rebat kepada UUM itu kerajaan negeri pimpinanya kerugian RM1.6 juta.

UUM juga katanya, pernah memohon kepada beliau agar pemberian rebat itu disambung, namun permohonan mereka ditolak.

“Mereka (UUM) boleh terus membuat rayuan dan kita akan pertimbangkan, tetapi tidak semestinya kita akan luluskan permohonan mereka itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Azizan berkata UUM juga telah diberi beberapa pilihan dalam membuat pembayaran cukai tesebut.

“Kita juga setuju mereka (UUM) berunding dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengenai bayaran ansuran. Pada tahun 2009 dan 2010 mereka bayar dengan kadar penuh,” kata Azizan.

Beliau juga menegaskan kerajaan negeri yang diteraju Pakatan Rakyat itu tidak pernah mengeluarkan arahan menaikkan cukai sejak mentadbir Kedah selepas pilihan raya umum 2008.

“...tetapi apa yang kita buat ialah pada 2008, kita menurunkan cukai tanah antara 35 peratus sehingga 75 peratus termasuk tanah-tanah milik kerajaan persekutuan.

“Disebabkan penurunan cukai itu kerajaan negeri telah kehilangan hasil tanah sebanyak RM50 juta setahun,” katanya.

Mengenai isu air di UUM, beliau menasihatkan universiti itu dan Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan kemudahan sistem perairan seperti tangki dan paip air kerana kerajaan negeri telah menyiapkan paip besar di luar kampus tersebut yang boleh menampung sehingga ke Bukit Kayu Hitam.

“Setiap hari pihak Syarikat Air Darul Aman (Sada) menyalurkan bekalan air ke UUM sebanyak 15 juta liter sedangkan kawasan lain kita hanya bagi lima dan 10 juta liter sahaja. Jadi mereka perlu meningkatkan kemudahan loji dalam kampus supaya air itu dapat disalurkan kepada warga kampus,” katanya.- MI

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

 

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "kl-bogel" group.
To post to this group, send email to kl-bogel@googlegroups.com
To subscribe or unsubscribe at http://groups.google.com.my/group/kl-bogel/subscribe
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/kl-bogel?hl=en
Sebarang email pertanyaan, hantar kepada abangmod@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

[kl-bogel] Huzaida..

[kl-bogel] Sasha Isteri Teman

[kl-bogel] Cikgu Zana